Jumat, 25 Juni 2010

Dasar laut membuktikan kebenaran Al-Quran


Assalaamualaikum dan salam hormat.

Kebenaran pada hakikatnya ialah sesuatu yang terbukti. Kebenaran ialah sesuatu yang diperkatakan akan dapat dibuktikan. Kebenaran ialah sesuatu yang dapat dibuktikan tanpa dapat dibantah. Kebenaran ialah sesuatu bantahan terhadapanya dapat dipatahkan secara tuntas. Inilah beberapa definisi daripada serribu satu definisi kebenaran.
Al-Quran merupakan induk dan punca segala kebenaran. Inilah hakikat yang tidak dapat dibantah. Disepanjang zaman datang bantahan terhadap kebenaran al-Quran, namun bantahan itu akhirnya hilang ibarat debu berterbangan ditiup angin. Al-Quran terus dibantah sebagai puncak kebenaran namun semakin banyak bantahan semakin banyak pula bukti kebenarannya yang muncul.
Apa yang penulis mahu perkatakan ini telah ditulis oleh banyak penulis dalam blog dan juga makalah. Namun ia sangat enak dibaca, sangat menyegarkan jiwa dan sangat membanggakan. Penulis hanya mahu mengulang-ulangkannya kerana ia menjadi bukti yang harus dicanangkan berulang kali.
Muhammad dimomokkan sebagai pendusta. Muhammad dicerca sebagai penerima wahyu Syaithan. Muhammad didustakan sebagai orang dungu dan suka ngaco. Namun sejarah kehidupannya membuktikan Baginda tidak pernah menyelam ke dasar laut. Muhammad diriwayatkan tidak pernah menaiki Apollo, Soyuz dan Chalenger untuk meneroka angkasa lepas.
Orang bukan Islam sangat bangga dengan keilmuan dan sains teknologi mereka. Mereka perintis penerokaan dasar lautan yang tidak pernah dimulakan oleh Muslim. Muslim hanya meminjam terknologi mereka. Tidak mengapa Muslim dikatakan lemah dan mundur kerana ia adalah disebabkan kesilapan mereka sendiri yang tidak mengikut saranan al-Quran. Tidak mengapa orang bukan Islam meneroka dasar laud an Muslim hanya melihat dari tepi pantai. Kerana orang bukan Islam yang menyelam di dasar laut akan pulang bukan membawa ikan tetapi membawa bukti kebenaran al-Quran.
Jacques Yves Costeau dari Perancis siapa tidak kenal. Seorang saintis dan pakar bidang pengkajian laut, pakar yang menghasilkan penemuan baru dari sana. Costeau menghasilkan ratusan filem dokumentari dan buku tentang keunikan dasar laut. Karyanya dijadikan rujukan dunia dan jutaan wang dihabiskan untuk tujuan itu. Pokoknya tiada yang lebih hebat dari Costeau, atau ia sebaris dengan peneroka lautan handalan yang lain.
Namun sepandai-pandai dan sehebat-hebat Costeau, dia juga lemah. Memang manusia adalah lemah dan juga bodoh jika dibandingkan dengan Zat Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana. Costeau bingung. Apa yang membingungkannya ialah kewajaran kejadian tidak berlaku didasar laut. Di darat apabila air masin dituang kedalam air tawar kemudian dikacau, nescaya ia akan bercampur. Namun di dasar laut Costeau menemui beberapa beberapa kumpulan air yang segara dan tawar yang tidak bercampur dengan air masin di sekelilingnya. Ia seoalah-olah ada dinding membentengi air tawar itu dari dicampuri air masin.
Kebijaksanaan Costeau terpojok dan terasak ke dinding konkrit. Mungkin beliau beragama Kristen namun tiada catatan dia merujuk ke Bible untuk mengatasi masalah ini. Penulis yakin bahawa Bible tidak member pertunjuk penyelesaian kepadanya kerana jika ada sudah pasti gong nafiri mencanangkannya ke seluruh dunia. Mungkin dia Atheis namun Atheis akan gagal menyelesaikan kejadian di luar kewajaran ini.
Namun ALLah menggerakkan Costeau untuk bertanya kepada rakannya seorang professor Muslim. Darinya semua kebingungan Costeau ditemukan di dalam al-Quran. Al-Quran menghuraikan kebingungan Costeau melalui surah ar-Rahman 55: 19-20 bermaksud “Dialah Tuhan yang mengadakan dua macam laut (masin dan tawar) yang berrtemu keduanya, (tetapi) antara kduanya ada dinding (batas) sehingga tiada bercampur keduanya”. Dan diketemukan lagi dari al-Quran surah al-Furqan 25: 53 dalam nada yang sama bermaksud “Dia yang mempertemukan dua macam laut yang satu sangat tawar dan yang satu sangat masin, dan diadakanNya dinding dan larangan (batas) antara keduanya”.
Pakar lautan akur. Pakar lautan mengakui kelemahannya. Dan pakar lautan mengakui Muhammad yang dikatakan mengada-adakan cerita dongeng itu, mustahil mengetahui dasar laut. Apakah Muhammad dengan kekuatan sihir meneroboskan tilikan sihirnya ke dasar laut? Jika inilah lagi yang dicercakan kepada Muhammad, apakah ada ajaran sihir yang tetap teguh di muka bumi tanpa perubahan? Tidak ada sama sekali kerana ajaran sihir pasti akan roboh. Namun ayat al-Quran yang dijadikan rujukan oleh Costeau tetapi gagah menungkat alam.
Akhirnya Costeau akur dengan kebenaran al-Quran. Costeau akur dengan kebenaran Muhammad. Dia memeluk Islam. Ilmu. Akal dan kewajaran kejadian menjadi wasilah kepadanya keluar dari kesesatan kepada cahaya…ALLah memberi pertunjuk kepada orang mu’min keluar dari kegelapan kepada cahaya…
Akhirnya Costeau menyebut seorang manusia murni dari hanya sebutan Muhammad, kepada sebutan Muhammad Sallallahu alaihi wasallam…

Wassalamu'alaikum.Wr.Wb

Tidak ada komentar:

Posting Komentar